Powered by Bravenet Bravenet Blog

Inilah aku ngan wife....

journal photo

Subscribe to Journal

Saturday, February 21st 2009

10:42 PM

SDA

www.usahawansejati.com

Salam Semua...

Berjumpa lagi. Ya.. kadang-kadang aku juga berasa bosan dengan keadaan hidup ini,
dengan segala permasalahan diri, keluarga dan masyarakat. Namun syukur Alhamdulillah,
semuanya itu akan membuatkan kita berfikir dan merasai bahawa sebenarnya kita di jadikan
Allah swt dengan bertujuan dan bermatlamat. Bila aku ingat balik kepada asal kejadian
aku dan matlamat hidup aku, ketenangan dan motivasi memenuhi ruang fikiran aku.
Aku tiba-tiba jadi bersemangat dan bila sudah agak lama bersemangat, tiba-tiba
ruang berita dari segenap punca berita yang semuanya negative membuatkan aku terasa
lemah dan tak bermaya. Saudara dan saudari semua, itulah kehidupan kita yang cukup
unik. Jadi jangan risau sekiranya ianya berlaku pada anda, ianya berlaku pada semua
orang.Untuk mencapai kejayaan, jangan persalahkan orang lain, jangan biarkan orang
lain menguasai kita(Kata SPD Che Din), dalam MLM atau SST jangan di pandang keatas
kepada upline-upline tetapi kepada rakan-rakan di bawah kita. Apakah yang kita boleh
bantu secara ikhlas, supaya mereka dapat merasakan atau faham apakah punca kejayaan.

Ya benar, terlalu ramai yang join mana-mana business MLM hanya melihat kepada kemudahan,
kesenangan dan berapa cepat mendapat imbuhan wang ringgit dan bukan kepada business
sebenar. Sama seperti aku, namun business bersama SST dan Smart Naco telah sedikit
sebanyak mengajar aku akan kefahaman sesebuah kejayaan. Yakinlah  kita, jika terikut-
ikut kata syaitan dan nafsu yang berbisik pada kita tentang kekuatan diri kita serta
keburukan orang lain maka kita tidak akan kemana-mana. Kita akan terus akan pusingan
demi pusingan yang sama dan akhirnya bertemu pada tempat yang sama. Maka aku
berseru pada diri aku sendiri supaya terus melakukan SDA yang perlu bagi sebuah business
MLM bersama SST. Aku kena pandai menjaga emosi diri aku sendiri supaya tidak menyalahkan
orang lain dalam perkembangan business aku. Dan aku yakin akan menarik orang-orang yang
ikhlas yang mempunyai matlamat yang sama dan dan meniti kehidupan dengan penuh bahagiaan
semasa membantu lebih ramai rakan-rakan usahawan menjadi USAHAWAN SEJATI dan bukanlah
hanya ushawan-usahawan hangat-hangat tahi ayam.

Salam Perjuangan pada para perjuang Smart Success Team.

Teruskan perjuangan dengan melakukan SDA...

1. Satu prospek sehari
2. Satu CD Sehari
3. Satu Call utk Upline
4. Satu Call utk Downline
5. Satu Helai buku Self Development.
6. Satu Motivasi dari CD atau kaset
7. Berdoa, doa, doa


 

0 komen?.