Powered by Bravenet Bravenet Blog

Inilah aku ngan wife....

journal photo

Subscribe to Journal

Saturday, February 28th 2009

11:17 PM

TERUSKAN PERJUANGAN....

www.usahawansejati.com

Salam Sejatera....

Hari terus berlalu, aku masih banyak tak berubah, ada beberapa tindakan yang belum
di ambil kerana alasan biasa iaitu sibuk. Aku terasa pressure betul. Tidak ada orang
marah pada aku, kecuali aku sendiri. Itulah sebabnya aku jadi own Boss. Sudah melebihi
4 tahun sudah aku tidak bergantung pada perkataan Gaji. AKu sendiri carilah.., tak cari
tak dapat.. namun Alhamdulillah aku terus di limpahi kurnia dari Allah swt..
Cumanya aku bertekad melipat gandakan usaha aku lagi. Dan akan aku terus bertawakal..

Sekarang ni beberapa kawan satu company dulu yg telah diberhentikan beberapa hari lalu
cukup panik walaupun mendapat VSS yg besar. Mereka baru nak mula fikir tentang bizness
,baru cari idea, baru nak belajar.. apa-apa pun baguslah sekurang-kurang mereka diberikan
peluang untuk terpaksa belajar bizness...

Maka dengan keadaan begitu..bersyukurlah..kalu anda sekarang masih bekerja dan
pada waktu yang sama bersungguh-sungguh belajar business, kerana anda tidak akan
rugi apa-apa kecuali anda tersilap belajar business model. Misal kata anda merasakan
andalah yang terbaik..company tak baik seperti dalam MLM. Contoh.. ramai usahawan
Smart Naco telah buat company lain dengan alasan Smart Naco tak bagus..., namun yang
aku tengok Smart Naco masih terus berbusiness, productnya terus berjalan dan ex-usahawan
pulak sudah beberapa kali bertukar company dengan sentiasa berkata company sekarang
yang paling bagus.

Bagi aku, semua company bagus, namun yang paling penting adalah diri kita. Adakah kita
bagus, atau kita membiarkan diri di kuasai oleh orang lain. Bila kawan kita kata bagus
kita pun bagus, bila dia kata tak bagus, kita ikut saja.., maka akhirnya.. tidak ada
apa yang dapat kita pelajari selain dari bila bertemu cabaran dan dugaan, LARI.....
maka hidup kita akan terus LARI bila bertemu dengan cabaran dan dugaan.

Aku berdoa semoga aku terus memasarkan produk-produk Smart Naco yang berkualiti tinggi.
Dan aku terus bersama-sama dengan kumpulan Smart Success Team yang telah banyak mengajar
erti sebuah persahabatan bukan hanya kerana business tetapi kerana atas dasar memahami.
Hari demi hari ada saja aku berjumpa dengan kenalan baru, dan ada juga aku bertemu
dengan sahabat2 lama yang terus menerus memberi semangat untuk aku menjadi perjuang
Usahawan sejati dan bukan hangat-hangat tahi ayam.

Semalam aku ada Dinner di EQ Hotel, hampir 400 orang yang menghadiri Dinner itu,
Aku dijemput FREE aje, so why not... makan Free, aku plak ditempatkan di bahagian
hampir depan dan berjumpa dengan mereka yang begitu berjaya dan berdisplin.
Kami di hiburkan oleh Lena Hangat..yang betul-betul hangat..  banyak motivasi
dan semangat yang aku dapat.. tapi bukan dari Lena Hangat tapi dari hadirin yang
cukup positive.

Oklah sekian dulu dari aku.
SALAM PERJUANGAN SMART SUCCESS TEAM
BERJUANG TERUS BERJUANG
TERUS MEMPROMOSI SUSU IGG PLUS DAN CELL RENEW
TERUS MENAJA AHLI AHLI BARU
TERUS COACHING PADA SAPA YG COACHABLE
TERUS KEHADAPAN, BIARKAN PENCURI IMPIAN MEMBISIK KATA-KATA MANIS KE TEMPAT LAIN
BERJUMPA ANDA SEMUA DI PUNCAK KEJAYAAN
DOA DAN TERUS BERDOA...
KITA PASTI BERJAYA...AMIN

JOM kita bina bizness bersama... klik www.usahawansejati.com

 

0 komen?.